muzika untuk hati ku..

Sunday, May 16, 2010

kegagalan untuk mengecapi memori 1992

pasukan badminton malaysia sekali lagi gagal untuk menggenggam piala thomas..kali terakhir 1992 di masa zaman kegemilangan anak-anak Haji Sidek..ketika itu saya masih ingat rashid sidek,pasangan beregu razif dan jalani..kenangan itu memang sukar untuk dilupakan oleh peminat badminton malaysia..situasi nya sama pada 2010..bermain di tempat sendiri akan tetapi kita masih tidak mampu untuk memenangi piala thomas..kita sebenarnya berkeupayaan untuk mendapat piala thomas ini..tetapi mungkin kita tak ada nasib ataupun tersilap percaturan??mungkin kita tidak mampu untuk menandingi kehebatan pemain dari negara tembok besar China..mereka cukup lengkap dengan pemain perseorangan dan beregu..Lin Dan,Chen Jin dan Bao Chunlai..dan kita hanya mengharapkan Datuk Lee Chong Wei sahaja..mungkin selepas ini BAM perlu membuat post mortem tentang kekalahan yang mengecewakan seluruh rakyat malaysia...mungkin Hafiz dan Choong Hann perlu di ketepikan dan BAM perlu mengasah pemain-pemain muda untuk berjuang pada kejohanan piala thomas untuk 2 tahun lagi..
Malaysia juga mempunyai beregu yang cukup kuat...Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong..mereka mempunyai skil yang menarik tetapi kita masih lagi tewas dengan kehebatan China..mungkin selepas ini kita tidak perlu memikirkan tentang ranking,sebaliknya kita perlu mengekalkan prestasi yang mantap dari pemain pemain kita...dan kepada peminat Malaysia..sokonglah negara kita..kalau kalah jangan kita ejek..kita perlu memberi sokongan sokongan seratus peratus demi mencapai kegemilangan sukan untuk negara kita..insyaallah...2 tahun lagi piala thomas akan menjadi milik kita!!!

No comments: